PENYAKIT KENCING MANIS
Apa Dia Penyakit Kencing Manis
Penyakit kencing manis adalah keadaan di mana kadar gula berlebihan dlm darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon insulin (fungsinya utk tukar gula kpd tenaga) yg dihasilkan oleh organ pancreas yg terletak di bwh perut.
NORMAL - Bdn kita mengeluarkan tenaga drpd makanan. Dlm perut, mknn karbohidrat (berkanji dan bergula) ditukar jadi gula (glukos) dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga. Insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga.
PSAKIT KENCING MANIS - Organ pancreas tidak dpt menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya ATAU insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
PANDUAN MAKANAN
Makanan yang patut dielakkan
Gula, Gula melaka, Coklat, Jem, Madu, Sirap, Aiskrim, Biskut-biskut yang manis, Susu pekat, Minuman ringan, Gula-gula jeli
Makanan yang patut dikurangkan
Nasi, Roti, Ubi kentang, Ubi keledek, Ubi kayu, Jus, Kelapa, Daging kambing, Buah-buahan jeruk, Bahan-bahan tenusu
Makanan yang boleh dimakan dengan bebas
Serbuk lada, Rempah-rempah, Serbuk kari
Cecair – air, teh, kopi, jus tomato dan limau, sup cair
Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.
Mengelakkan jangkitan
Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
Selalu menjaga kebersihan diri
Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak
Mandilah selalu
Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
Jaga kebersihan gigi
Menjauhkan diri dari kecederaan
Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
Berhati-hati semasa bercukur
Penjagaan kaki
Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda
Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
Jangan pakai kasut yang ketat
Sentiasa urutkan kaki anda
Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit
Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik.
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
Buta
Kerosakan buah pinggang
Sakit jantung dan penyakit lumpuh
Darah tinggi
Penyakit saraf
Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
Tidak sedarkan diri
Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut
Terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia
Showing posts with label Fakta Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Fakta Diabetes. Show all posts
Tuesday, September 1, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)



















